Virus durjana! x(
Tuesday, May 27th, 2008Sakit betul hati aku! Rasa marah & tension bila pc kena serangan virus! Banyak pulak tu. Pada 25hb Mei 2008, jam 2100, aku telah buat keputusan nekad; iaitu memformat semula pc aku, bagi membersihkan virus² yang melembabkan kadar kelajuan server, & virus² yang merosakkan sistem operasi pc.
Setelah usai memformat, aku pun memasang semula perisian² yang diperlukan dalam fail program. Aku tidak lagi memasang perisian antivirus kaspersky, walaupun perisian itu amat popular di kalangan perisian² antivirus yang lain. Perisian kaspesky juga sering disyorkan dalam forum² internet & blog² (blog or goblok? Hahaha :-p ). Tapi bagi aku, perisian antivirus ini memberi masalah pada pc aku, & ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa sebab mengapa aku memformat semula pc aku, selain sebab² yang telah aku nyatakan di atas.
Kalau ingin tahu sebabnya, installah (pasang) perisian ini di pc. :-p